Fakta Mesti Wajib Tahu untuk Semua Penjual di Internet Zaman Ini #biztips #facebooktips #faceboookmarketing #tipperniagaan #lamanweb #website #binalamanweb #buatwebsite #webhosting #hosting
Pada era ini, saya melihat satu fenomena yang semakin menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia, iaitu berniaga dan menjual di Facebook. Ia adalah satu perkembangan yang baik.
Namun dalam keseronokan itu, para usahawan perlu sentiasa beringat dan berwaspada agar tidak menjadikan Facebook sebagai tempat utama dan terakhir untuk urusan perniagaan anda.
Salah satu kaedah jualan yang semakin dipandang sepi adalah penggunaan website sebagai platform jualan. Apakah kelebihan website berbanding Facebook? dan mengapa anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah laman web untuk perniagaan anda?
1. Urusan perniagaan Internet anda lebih lancar, mudah, sistematik dan automatik. Jika di Facebook, anda perlu menjawab dan memberikan maklumat yang sama setiap kali ia ditanya oleh bakal pembeli.
2. Capaian melalui laman carian Google. Walaupun Facebook Page anda mempunyai ratusan ribu orang, namun Google akan lebih memilih laman web ataupun blog untuk disenaraikan di muka pertama hasil carian. Dan hakikatnya, Google adalah enjin pencari no. 1 yang digunakan oleh pengguna Internet, bukan Facebook.
3. Mempunyai laman web adalah umpama mempunyai kedai sendiri yang lebih terjamin dan kekal. Ia adalah salah satu strategi jangka panjang. Kita tidak tahu risiko yang akan menimpa kita di Facebook, yang mungkin datang tanpa diduga.
4. Kebebasan. Kita bebas melakukan apa saja pengubahsuaian pada lamna web. Manakala Facebook pula adalah terhad dan banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
5. Proses pembelian lebih mudah dan lancar untuk pembeli kerana maklumat pembayaran mudah ditemui dan dibaca.
6. Pelanggan yang memasuki laman web jualan lebih fokus. Sebaliknya di Facebook, mereka mudah hilang fokus atas sebab tertentu seperti membaca komen-komen pembaca yang lain yang mungkin akan mempengaruhi niat mereka untuk membeli.
7. Proses kemas kini maklumat produk, harga, gambar produk, stok dan lain-lain lebih mudah dan senang belajar. Salah satu kekurangan menjual melalui Facebook adalah maklumat cepat “tenggelam”, dan akhirnya kita terpaksa menulis kembali di post yang baru.
PERLUKAN LAMAN WEB UNTUK TINGKATKAN JUALAN PERNIAGAAN ANDA, HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN SEBUT HARGA PERCUMA!
Perkhidmatan Membina Laman Web & Web Hosting Terbaik Malaysia
ProWebDesign.my / Zulhafizsyam.com
Telefon: +6 013-3560014
Email: info@zulhafizsyam.com / zulhafizsyam@gmail.com