Oct 4 16

Online Marketing Paling Berkesan untuk Bisnes Anda

Wan Zul
Online Marketing Paling Berkesan

Tahukah anda apa kaedah pemasaran atau marketing paling berkesan pada masa ini ??? Tidak lain dan tidak bukan adalah Pemasaran atas Talian atau biasa dipanggil Online Marketing. Online Marketing Tools yang paling berkesan digunakan adalah Search Engine Optimization (SEO) dan Facebook Ads (FB Ads).

Kami menyediakan perkhidmatan Online Marketing yang menggunakan kedua-dua kaedah diatas untuk memaksimumkan pendedahan produk dan perkhidmatan anda kepada target audiens atau pelanggan. Online Marketing kami telah terbukti berjaya meningkatkan jualan dan keuntungan sehingga 3000%. Bayangkan dengan pelaburan sebanyak RM900 berjaya menjana keuntungan bersih RM27,000.00.

Kami menberi jaminan laman web anda berada pada 1st page dalam carian Google dan lain-lain enjin carian dengan mengoptimasi kata kunci atau keywords yang berkaitan dengan bisnes anda atau wang anda dikembalikan tanpa banyak soal.

CEPAT BERTINDAK !!!! Hubungi kami untuk dapatkan sebut harga secara percuma dan pasarkan bisnes anda kepada jutaan pengguna seumur hidup.  Call / WhatsApp / Telegram 013-3560014 (Wan Zul)

Perkhidmatan Membina Laman Web, Web Hosting & Online Marketing Terbaik Malaysia
ProWebDesign.my / Zulhafizsyam.com
Telefon: +6 013-3560014
Email: info@zulhafizsyam.com / zulhafizsyam@gmail.com

Aug 27 16

Testimoni Kepuasan Pelanggan Mengenai Perkhidmatan Kami

Wan Zul

Selamat sejahtera,

Masih ragu-ragu dengan perkhidmatan kami? Lihat salah satu testimoni asli dari pelanggan kami.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan penerangan.

Moga sukses selalu!

Perkhidmatan Membina Laman Web & Web Hosting Terbaik Malaysia
ProWebDesign.my / Zulhafizsyam.com
Telefon: +6 013-3560014
Email: info@zulhafizsyam.com / zulhafizsyam@gmail.com

Jul 27 16

RM100.00 Komisyen Untuk Setiap Projek Yang Kami Dapat Dari Anda. LIKE & SHARE please #lamanweb #website #hosting #webhosting

Wan Zul
komisyen untuk membina laman web

Berminat untuk menjana pendapatan mudah? Ikut cara berikut:

1. Tanya member-member yang nak buat laman web untuk jual barang atau untuk syarikat.
2. Beritahu kami nama anda dan nama pelanggan yang nak buat laman web.
3. Pelanggan akan hubungi kami untuk penerangan dan pengesahan.
4. Pelanggan setuju buat laman web dan bayar deposit.
5. Kami akan terus kreditkan komisyen pada akaun anda RM50. Setelah laman web siap dan pelanggan membayar bayaran akhir. Kami kreditkan RM50 lagi kepada anda.
6. You Win! I Win!

Senang kan? Tiada muslihat, tiada kompromi, tiada kos tersembunyi. Straight to the point.

Boleh post kan perkhidmatan kami dalam FB Group dan lain-lain channel untuk tambah prospek anda.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan penerangan.

Moga sukses selalu!

Perkhidmatan Membina Laman Web & Web Hosting Terbaik Malaysia
ProWebDesign.my / Zulhafizsyam.com
Telefon: +6 013-3560014
Email: info@zulhafizsyam.com / zulhafizsyam@gmail.com

Jul 22 16

Bagaimana nak buat website saya berada di tempat pertama dalam carian Google? #biztips #facebooktips #facebookmarketing #tipperniagaan #lamanweb #website #binalamanweb #buatwebsite #webhosting #hosting

Wan Zul
cheap web hosting

Semua orang bertanya soalan ini kepada kami. Jawapannya: Tiada rahsia, hanya tindakan praktikal yang betul. Disini saya kongsikan praktikal yang boleh dilakukan untuk menaikkan ranking website anda dalam carian Google:

 

  1. Hasilkan info atau kandungan berkualiti tinggi dalam laman web. Google cuba mencari jawapan terbaik untuk setiap carian oleh pengguna; Jika anda menulis kadungan yang betul, anda berjaya. Gunakan Search Analytic report untuk kenalpasti kata carian mana yang mendorong pengguna kepada laman web anda. dan apa Click Trough Rate (CTR) link yang pergi ke laman web anda.
  2. Pastikan laman web adalah mobile-friendly atau mesra peranti. Ramai pengguna membuat carian menggunakan peranti mobile; Keputusan carian Google suka kan halaman web yang dirasakan memenuhi permintaan atau carian pelanggan dengan pengalaman pengguna yang terbaik dengan platform mereka.
  3. Gunakan tajuk dan snippets yang berinformasi. Bagus, tajuk yang jelas dan deskripsi meta tag yang tepat akan membantu Google memahami tujuan halaman web itu dan menghasilkan snippets yang berguna dalam halaman carian Google.
  4. Tambah data berstruktur untuk membolehkan ciri-ciri keputusan carian tambahan seperti bintang, maklumat acara atau kotak carian laman web, yang mana akan menambah pengalaman pengguna, menjadikan laman web anda lebih bernilai kepada pembaca.
  5. Pastikan anda mengikuti panduan Google untuk laman web yang bagus dan mengelakkan kesulitan yang akan mempengaruhi kadar carian laman web anda.

PERLUKAN LAMAN WEB UNTUK TINGKATKAN JUALAN PERNIAGAAN ANDA, HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN SEBUT HARGA PERCUMA!

Perkhidmatan Membina Laman Web & Web Hosting Terbaik Malaysia
ProWebDesign.my / Zulhafizsyam.com
Telefon: +6 013-3560014
Email: info@zulhafizsyam.com / zulhafizsyam@gmail.com

Jul 19 16

Kenapa Anda Amat Perlukan Laman Web eCommerce? #biztips #facebooktips #faceboookmarketing #tipperniagaan #lamanweb #website #binalamanweb #buatwebsite #webhosting #hosting

Wan Zul
Buat Website | Laman Web Jualan

SOALAN SAYA: Pendapatan kami dah 4 Angka Sebulan di Facebook, Perlu ke Website? (Sambil Hembus kuku)

JAWAPAN KAMI: PERLU (ketuk kepala dia dengan sudu)

Mungkin selama 6 bulan yang lepas, anda telah berjaya membina empayar perniagaan anda di Facebook. Hari ini, anda mempunya follower yang ramai, likes yang banyak dan order pun tak menang tangan. Hari-hari ada orang order kat Whatsapp & Telegram. Secara purata ada 400 order setiap hari. Pendapatan anda menjangkau 4 Angka sebulan.

Alhamdulillah. Jadi, kalau perniagaan anda sudah maju di Facebook Page, tak perlulah buat website.. betul tak?

Sosial Media (Facebook, Instagram dan sebagainya) adalah marketing tool untuk perniagaan anda. Untuk awal-awal, anda boleh establish dan mantapkan perniagaan anda di sana sebab mudah & percuma. Tapi, setelah beberapa lama.. anda harus melangkah setapak lagi ke hadapan. Sosial Media dan Website harus berjalan seiringan dan berpimpinan tangan di bawah pelangi indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan jangan lupa bawa sijil nikah.

Kita ambil Zalora sebagai contoh. 6 Juta like di Facebook Page. Adakah ini bermakna Zalora patut tutup saja website mereka dan establish perniagaan hanya di Facebook Page?

Berikut adalah 3 sebab mengapa anda perlu ada eCommerce website sendiri

1. Pengambilan dan pengurusan order/pesanan lebih sistematik dan tertatur
Social Media mempunyai kelebihan dan kekurangan. Dalam hal ini, jika anda mempunyai 6 order setiap hari melalui Whatsapp, mungkin anda boleh tulis atau ingat atau tampal order di peti sejuk anda. Apabila order anda mencecah 400 sehari, adakah anda larat nak buat sebegitu? Anda perlukan eCommerce website untuk melakukan kerja-kerja sebegini.  eCommerce website membolehkan anda membuat order secara automatik dan pelbagai teknik untuk jaga/retain pelanggan anda. Sebagai contoh: voucher, loyalty program, kira shipping secara automatik dan sebagainya.

2. Pembayaran Online
Jika terdapat 400 pesanan setiap hari , anda larat ke nak terima 400 gambar bukti pembayaran di email atau Whatsapp? Atau, login 300 kali di Maybank2u dan CimbCLiks untuk memastikan duit tu betul-betul masuk? eCommerce website membolehkan anda menerima pembayaran secara online. Anda cuma perlu tunggu email notification daripada payment gateway dan terus proses order tersebut. Senang kan.

3. Kuasa Jenama / Brand
Jika anda percaya kepada kuasa JENAMA/BRAND, maka anda perlu mempunyai website. Di sini, anda mempunyai total control atas jenama anda. Kenapa jenama itu sangat penting?

a. Membina perasaan trust/percaya kepada perniagaan anda dan anda sendiri
b. Menampakkan kredibiliti dan kematangan perniagaan di mata bakal customer
c. Menunjukkan anda serius dalam perniagaan yang anda ceburi

PERLUKAN LAMAN WEB UNTUK TINGKATKAN JUALAN PERNIAGAAN ANDA, HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN SEBUT HARGA PERCUMA!

Perkhidmatan Membina Laman Web & Web Hosting Terbaik Malaysia
ProWebDesign.my / Zulhafizsyam.com
Telefon: +6 013-3560014
Email: info@zulhafizsyam.com / zulhafizsyam@gmail.com

Jul 17 16

Fakta Mesti Wajib Tahu untuk Semua Penjual di Internet Zaman Ini #biztips #facebooktips #faceboookmarketing #tipperniagaan #lamanweb #website #binalamanweb #buatwebsite #webhosting #hosting

Wan Zul
Malaysia Best Website Design

Pada era ini, saya melihat satu fenomena yang semakin menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia, iaitu berniaga dan menjual di Facebook. Ia adalah satu perkembangan yang baik.

Namun dalam keseronokan itu, para usahawan perlu sentiasa beringat dan berwaspada agar tidak menjadikan Facebook sebagai tempat utama dan terakhir untuk urusan perniagaan anda.

Salah satu kaedah jualan yang semakin dipandang sepi adalah penggunaan website sebagai platform jualan. Apakah kelebihan website berbanding Facebook? dan mengapa anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah laman web untuk perniagaan anda?

1. Urusan perniagaan Internet anda lebih lancar, mudah, sistematik dan automatik. Jika di Facebook, anda perlu menjawab dan memberikan maklumat yang sama setiap kali ia ditanya oleh bakal pembeli.

2. Capaian melalui laman carian Google. Walaupun Facebook Page anda mempunyai ratusan ribu orang, namun Google akan lebih memilih laman web ataupun blog untuk disenaraikan di muka pertama hasil carian. Dan hakikatnya, Google adalah enjin pencari no. 1 yang digunakan oleh pengguna Internet, bukan Facebook.

3. Mempunyai laman web adalah umpama mempunyai kedai sendiri yang lebih terjamin dan kekal. Ia adalah salah satu strategi jangka panjang. Kita tidak tahu risiko yang akan menimpa kita di Facebook, yang mungkin datang tanpa diduga.

4. Kebebasan. Kita bebas melakukan apa saja pengubahsuaian pada lamna web. Manakala Facebook pula adalah terhad dan banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

5. Proses pembelian lebih mudah dan lancar untuk pembeli kerana maklumat pembayaran mudah ditemui dan dibaca.

6. Pelanggan yang memasuki laman web jualan lebih fokus. Sebaliknya di Facebook, mereka mudah hilang fokus atas sebab tertentu seperti membaca komen-komen pembaca yang lain yang mungkin akan mempengaruhi niat mereka untuk membeli.

7. Proses kemas kini maklumat produk, harga, gambar produk, stok dan lain-lain lebih mudah dan senang belajar. Salah satu kekurangan menjual melalui Facebook adalah maklumat cepat “tenggelam”, dan akhirnya kita terpaksa menulis kembali di post yang baru.

PERLUKAN LAMAN WEB UNTUK TINGKATKAN JUALAN PERNIAGAAN ANDA, HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN SEBUT HARGA PERCUMA!

Perkhidmatan Membina Laman Web & Web Hosting Terbaik Malaysia
ProWebDesign.my / Zulhafizsyam.com
Telefon: +6 013-3560014
Email: info@zulhafizsyam.com / zulhafizsyam@gmail.com

 

Jul 4 16

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 daripada Zulhafizsyam.com

Wan Zul
Best Website Design in Malaysia

Assalamualaikum w.b.t,

Pejam celik pejam celik akhirnya sudah tiba dipenghujung Ramadhan Al Mubarak. Saya berharap kita semua dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan ini dengan sempurna dan lancar. Walaupun sesibuk manapun kita di dunia ini mencari rezeki Ilahi, jangan dilupakan juga tugasan utama untuk beribadah kepada-Nya dan melakukan kebaikan seperti saranan Rasul kita Muhammad S.A.W.

Saya dan warga kerja Zulhafizsyam.com & ProWebDesign.my ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan perkhidmatan kami atas sokongan anda selama ini kerana menjadikan kami antara penyedia perkhidmatan laman web & hosting terbaik di Malaysia.

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN. Semoga bertemu lagi pada hari raya tahun hadapan.

Wan Muhammad Zulhafizsyam
Perkhidmatan Mereka Bina Laman Web Malaysia
info@zulhafizsyam.com
013-3560014
Zulhafizsyam.com / Prowebdesign.my

Jun 30 16

Membina Laman Web Malaysianbuddyz.com

Wan Zul
Malaysia Web Design Services

Laman web malaysianbuddyz.com merupakan salah satu laman web sosial yang dibangunkan oleh Zulhafizsyam.com untuk En. Faisal. Ia merupakan platform untuk masyarakat Malaysia berkolaborasi dan membina jaringan sosial dan berjumpa kawan baru. Laman web ini mempunyai ruangan forum, online shopping, blogs dan tempahan penginapan hotel.

Di laman web ini juga pengguna boleh mengiklankan apa sahaja perkhidmatan atau produk mereka disini secara percuma dan juga berbayar.

Inginkan laman web seperti ini? Hubungi kami di zulhafizsyam.com untuk harga terbaik.

INGIN DAPATKAN KOMISYEN RM100.00, PERKENALKAN PERKHIDMATAN KAMI KEPADA PELANGGAN BARU DAN ANDA MENDAPAT RM100.00 UNTUK SETIAP PELANGGAN YANG KAMI DAPAT. BERMINAT??? hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

Penyedia Perkhidmatan Laman Web & e-Commerce Terbaik Malaysia | Zulhafizsyam.com / ProWebDesign.my

Jun 29 16

Antara Hasil Laman Web Terbaru Kami mysweetsunnah.com

Wan Zul
Website design services

Ini antara laman web terbaru pelanggan kami mysweetsunnah.com. Laman web ini merupakan laman web e-Commerce yang menyediakan produk-produk makanan sunnah khususnya produk-produk yang berasaskan habbatus sauda. Laman web ini menerima pelbagai jenis kaedah pembayaran termasuk Online Banking Payment, Credit Card Payment, Bank Transfer dan paypal.

 

(more…)

Dec 13 15

Bagaimana saya gandakan gaji tiga kali ganda kurang daripada setahun selepas dipecat

Wan Zul
Khidmat membina laman web

Masa saya menjadi graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris pada 2010, saya memasang impian yang besar… dan tiada apa-apa pun dalam resume saya. Saya mahu menjadi penulis, tetapi tidak menpunyai secebis penerbitan pun. Seperti yang anda bayangkan, beberapa tahun selepas itu, keadaan menjadi suram. Sejak 2010 saya telah :

  • Tidak bekerja sebanyak tiga kali, selama 13 bulan
  • Gagal untuk bekerja sebagai full-time lebih dari setahun
  • Berhenti 3 kerja, abaikan satu kerja dan dipecat sekali

Sedang kebanyakan kawan-kawan mendapat pekerjaan, saya tinggal bersama ibu bapa dan dengan berharapnya mengejar kerja-kerja freelance. Jadi, bila saya akhirnya mendapat satu kerja yang baik, saya hampir tidak percaya pada tuah saya.Ia bagaikan impian menjadi kenyataan. dan akhirnya, saya melepaskan kerja tersebut dengan baik 6 bulan selepas itu kerana saya adalah pekerja yang teruk.

Kemduian saya lakukan lima perkara yang telah mentransformasikan saya sepenuhnya. Dalam 2 bulan pertama saya telah bekerja selama 50 jam seminggu untuk pelanggan saya dan menjana perdapatan 6 angka. Lebih dari dua kali ganda pendapatan saya sebelum ini. Hari ini, kurang dari setahun , saya berjaya menjana tiga kali ganda pendapatan asal saya.

Cuba teka? saya tidak perlu alihkan gunung untuk menjadikanya berlaku. Saya hanya perlu belajar  beberapa perkara atau cara baru. Ini adalah lima perkara paling penting yang saya telah adaptasi selepas saya dibuang kerja.

  1. Saya belajar bagaimana untuk membuat jualan
    Kebanyakan orang bukan berfikiran business dan saya juga tidak terkecuali. Daripada duduk dan ambil masa belajar bagaimana untuk menjual perkhidmatan saya dan bagaimana untuk menjual servis pelanggan saya – saya jangkakan saya akan dapat mandat dan bijak seorang diri. Malangnya tidak begitu.

     

    Penulis Perniagaan Danial Pink membantah idea itu, dalam masyarakat yang sangat berhubung, kita semua adalah jurujual. Dalam kata lain, anda menjual diri anda sendiri jika anda tidak belajar bagaimana untuk menjual.
     

  2. Saya habiskan sejam setiap hari pada business baru
    Setelah mencari segenap penjuru dalam Sent folder, saya mendapati  email yang saya tulis yang mendapat kadar respond yang paling tinggi adalah yang paling pendek dan paling ringkas. jaid saya menulis email template dan customised kan untuk setiap permohonan kerja dengan menekankan kelebihan saya.

     

    Sistem saya ini berjaya. Sekarang setiap lima kerja yang saya mohon, saya mendapat  satu atau dua respind. Dan saya secara konsisten memohon kerja baru setiap hari. Saya juga  gunakan template yang sama untuk LinkedIn inMail.
     

  3. Saya tetapkan kadar perjam saya sendiri
    Katakan  anda bekerja  dengan konsultansi dan gaji anda adalah $50,000 setahun atau $25 sejam. Anggaran 5% "kenaikan gaji " setiap tahun, gaji anda akan menjadi $63,814 setahun selepas lima tahun atau $32 sejam. Tidak menghampakan, tapi masih tiada apa yang hendak ditulis juga.

     

    Sekarang bayangkan anda berhenti kerja itu dan menyertai "Freelance Nation". Dalma tahun pertama business anda, anda putuskan untuk caj $50 sejam hanya untuk lihat anda berjaya dapatkan pelanggan atau tidak . Anda dapat. Tahun depan anda caj $60 sejam. Di akhir tahun kelima freelancing, anda caj kan sebanyak $100 sejam dan seterusnya menjadi enam angka.

    Jika anda percaya anda boleh tawarkan service premium, kenapa anda tidak caj dengan kadar premium.
     

  4. Saya menolak pelanggan yang tidak baik
    Bila anda bekerja dengan sebuah syarikat, tiada istilah pelanggan yang buruk,- melainkan pengarah jualan mengatakan begitu. Tetapi seperti yang kita semua tahu, penlanggan yang buruk adalah benar-benar ada.

     

    Untuk perniagaan B2B, setiap pelanggan yang buruk ibarat sebutir paku dalam secawan kopi. Bila anda ada 10  – 20 pelanggan, anda benar-benar tidak mampu menggunakan 80% masa anda untuk melihat beberapa telur yang rosak yang mana akan menambah 20% pendapatan anda. Dalam kata lain, pastikan anda hanya berurusan dengan pelanggan yang bagus yang mampu membayar dengan kadar yang anda tetapkan.
     

  5. Saya putuskan untuk lakukan sesuatu yang saya suka – itu juga dibayar.
    Orang selalu bergaduh tentang samada anda perlu lakukan sesuatu yang anda suka atau sesuatu yang boleh membayar bill anda. Tetapi adakah ini perlu dijadikan pilihan? Saya harapkan tidak.

     

    Jika anda benar-benar percayakan itu, "tiada seorang pun sukakan kerja mereka" , anda sedang melanggan satu kepercayaan yang paling merosakkan diri sendiri. Kerja anda adalah sesuatu yang akan anda lakukan  8 jam lebih setiap hari, 5-6 hari seminggu sehingga anda bersara. Jadi, kenapa perlu memilih antara minat dan keuntungan? Lakukan sesuatu yang anda suka dan sesuatu yang mampu memberi keuntungan untuk anda.Kedua-duanya adalah saling bersilang.

    Bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk mencari jalannya. Tiada Google Map untuk itu.

Penyumbang: Han Gwon Lung – Co-founder of Tailored ink