My Journal
Blog

Timeline

Blog

Kenapa Anda Amat Perlukan Laman Web eCommerce? #biztips #facebooktips #faceboookmarketing #tipperniagaan #lamanweb #website #binalamanweb #buatwebsite #webhosting #hosting

Buat Website | Laman Web Jualan

SOALAN SAYA: Pendapatan kami dah 4 Angka Sebulan di Facebook, Perlu ke Website? (Sambil Hembus kuku)

JAWAPAN KAMI: PERLU (ketuk kepala dia dengan sudu)

Mungkin selama 6 bulan yang lepas, anda telah berjaya membina empayar perniagaan anda di Facebook. Hari ini, anda mempunya follower yang ramai, likes yang banyak dan order pun tak menang tangan. Hari-hari ada orang order kat Whatsapp & Telegram. Secara purata ada 400 order setiap hari. Pendapatan anda menjangkau 4 Angka sebulan.

Alhamdulillah. Jadi, kalau perniagaan anda sudah maju di Facebook Page, tak perlulah buat website.. betul tak?

Sosial Media (Facebook, Instagram dan sebagainya) adalah marketing tool untuk perniagaan anda. Untuk awal-awal, anda boleh establish dan mantapkan perniagaan anda di sana sebab mudah & percuma. Tapi, setelah beberapa lama.. anda harus melangkah setapak lagi ke hadapan. Sosial Media dan Website harus berjalan seiringan dan berpimpinan tangan di bawah pelangi indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan jangan lupa bawa sijil nikah.

Kita ambil Zalora sebagai contoh. 6 Juta like di Facebook Page. Adakah ini bermakna Zalora patut tutup saja website mereka dan establish perniagaan hanya di Facebook Page?

Berikut adalah 3 sebab mengapa anda perlu ada eCommerce website sendiri

1. Pengambilan dan pengurusan order/pesanan lebih sistematik dan tertatur
Social Media mempunyai kelebihan dan kekurangan. Dalam hal ini, jika anda mempunyai 6 order setiap hari melalui Whatsapp, mungkin anda boleh tulis atau ingat atau tampal order di peti sejuk anda. Apabila order anda mencecah 400 sehari, adakah anda larat nak buat sebegitu? Anda perlukan eCommerce website untuk melakukan kerja-kerja sebegini.  eCommerce website membolehkan anda membuat order secara automatik dan pelbagai teknik untuk jaga/retain pelanggan anda. Sebagai contoh: voucher, loyalty program, kira shipping secara automatik dan sebagainya.

2. Pembayaran Online
Jika terdapat 400 pesanan setiap hari , anda larat ke nak terima 400 gambar bukti pembayaran di email atau Whatsapp? Atau, login 300 kali di Maybank2u dan CimbCLiks untuk memastikan duit tu betul-betul masuk? eCommerce website membolehkan anda menerima pembayaran secara online. Anda cuma perlu tunggu email notification daripada payment gateway dan terus proses order tersebut. Senang kan.

3. Kuasa Jenama / Brand
Jika anda percaya kepada kuasa JENAMA/BRAND, maka anda perlu mempunyai website. Di sini, anda mempunyai total control atas jenama anda. Kenapa jenama itu sangat penting?

a. Membina perasaan trust/percaya kepada perniagaan anda dan anda sendiri
b. Menampakkan kredibiliti dan kematangan perniagaan di mata bakal customer
c. Menunjukkan anda serius dalam perniagaan yang anda ceburi

PERLUKAN LAMAN WEB UNTUK TINGKATKAN JUALAN PERNIAGAAN ANDA, HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN SEBUT HARGA PERCUMA!

Perkhidmatan Membina Laman Web & Web Hosting Terbaik Malaysia
ProWebDesign.my / Zulhafizsyam.com
Telefon: +6 013-3560014
Email: info@zulhafizsyam.com / zulhafizsyam@gmail.com