My Journal
Blog

Timeline

Blog

Bagaimana saya gandakan gaji tiga kali ganda kurang daripada setahun selepas dipecat

Khidmat membina laman web

Masa saya menjadi graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris pada 2010, saya memasang impian yang besar… dan tiada apa-apa pun dalam resume saya. Saya mahu menjadi penulis, tetapi tidak menpunyai secebis penerbitan pun. Seperti yang anda bayangkan, beberapa tahun selepas itu, keadaan menjadi suram. Sejak 2010 saya telah :

  • Tidak bekerja sebanyak tiga kali, selama 13 bulan
  • Gagal untuk bekerja sebagai full-time lebih dari setahun
  • Berhenti 3 kerja, abaikan satu kerja dan dipecat sekali

Sedang kebanyakan kawan-kawan mendapat pekerjaan, saya tinggal bersama ibu bapa dan dengan berharapnya mengejar kerja-kerja freelance. Jadi, bila saya akhirnya mendapat satu kerja yang baik, saya hampir tidak percaya pada tuah saya.Ia bagaikan impian menjadi kenyataan. dan akhirnya, saya melepaskan kerja tersebut dengan baik 6 bulan selepas itu kerana saya adalah pekerja yang teruk.

Kemduian saya lakukan lima perkara yang telah mentransformasikan saya sepenuhnya. Dalam 2 bulan pertama saya telah bekerja selama 50 jam seminggu untuk pelanggan saya dan menjana perdapatan 6 angka. Lebih dari dua kali ganda pendapatan saya sebelum ini. Hari ini, kurang dari setahun , saya berjaya menjana tiga kali ganda pendapatan asal saya.

Cuba teka? saya tidak perlu alihkan gunung untuk menjadikanya berlaku. Saya hanya perlu belajar  beberapa perkara atau cara baru. Ini adalah lima perkara paling penting yang saya telah adaptasi selepas saya dibuang kerja.

  1. Saya belajar bagaimana untuk membuat jualan
    Kebanyakan orang bukan berfikiran business dan saya juga tidak terkecuali. Daripada duduk dan ambil masa belajar bagaimana untuk menjual perkhidmatan saya dan bagaimana untuk menjual servis pelanggan saya – saya jangkakan saya akan dapat mandat dan bijak seorang diri. Malangnya tidak begitu.

     

    Penulis Perniagaan Danial Pink membantah idea itu, dalam masyarakat yang sangat berhubung, kita semua adalah jurujual. Dalam kata lain, anda menjual diri anda sendiri jika anda tidak belajar bagaimana untuk menjual.
     

  2. Saya habiskan sejam setiap hari pada business baru
    Setelah mencari segenap penjuru dalam Sent folder, saya mendapati  email yang saya tulis yang mendapat kadar respond yang paling tinggi adalah yang paling pendek dan paling ringkas. jaid saya menulis email template dan customised kan untuk setiap permohonan kerja dengan menekankan kelebihan saya.

     

    Sistem saya ini berjaya. Sekarang setiap lima kerja yang saya mohon, saya mendapat  satu atau dua respind. Dan saya secara konsisten memohon kerja baru setiap hari. Saya juga  gunakan template yang sama untuk LinkedIn inMail.
     

  3. Saya tetapkan kadar perjam saya sendiri
    Katakan  anda bekerja  dengan konsultansi dan gaji anda adalah $50,000 setahun atau $25 sejam. Anggaran 5% "kenaikan gaji " setiap tahun, gaji anda akan menjadi $63,814 setahun selepas lima tahun atau $32 sejam. Tidak menghampakan, tapi masih tiada apa yang hendak ditulis juga.

     

    Sekarang bayangkan anda berhenti kerja itu dan menyertai "Freelance Nation". Dalma tahun pertama business anda, anda putuskan untuk caj $50 sejam hanya untuk lihat anda berjaya dapatkan pelanggan atau tidak . Anda dapat. Tahun depan anda caj $60 sejam. Di akhir tahun kelima freelancing, anda caj kan sebanyak $100 sejam dan seterusnya menjadi enam angka.

    Jika anda percaya anda boleh tawarkan service premium, kenapa anda tidak caj dengan kadar premium.
     

  4. Saya menolak pelanggan yang tidak baik
    Bila anda bekerja dengan sebuah syarikat, tiada istilah pelanggan yang buruk,- melainkan pengarah jualan mengatakan begitu. Tetapi seperti yang kita semua tahu, penlanggan yang buruk adalah benar-benar ada.

     

    Untuk perniagaan B2B, setiap pelanggan yang buruk ibarat sebutir paku dalam secawan kopi. Bila anda ada 10  – 20 pelanggan, anda benar-benar tidak mampu menggunakan 80% masa anda untuk melihat beberapa telur yang rosak yang mana akan menambah 20% pendapatan anda. Dalam kata lain, pastikan anda hanya berurusan dengan pelanggan yang bagus yang mampu membayar dengan kadar yang anda tetapkan.
     

  5. Saya putuskan untuk lakukan sesuatu yang saya suka – itu juga dibayar.
    Orang selalu bergaduh tentang samada anda perlu lakukan sesuatu yang anda suka atau sesuatu yang boleh membayar bill anda. Tetapi adakah ini perlu dijadikan pilihan? Saya harapkan tidak.

     

    Jika anda benar-benar percayakan itu, "tiada seorang pun sukakan kerja mereka" , anda sedang melanggan satu kepercayaan yang paling merosakkan diri sendiri. Kerja anda adalah sesuatu yang akan anda lakukan  8 jam lebih setiap hari, 5-6 hari seminggu sehingga anda bersara. Jadi, kenapa perlu memilih antara minat dan keuntungan? Lakukan sesuatu yang anda suka dan sesuatu yang mampu memberi keuntungan untuk anda.Kedua-duanya adalah saling bersilang.

    Bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk mencari jalannya. Tiada Google Map untuk itu.

Penyumbang: Han Gwon Lung – Co-founder of Tailored ink