My Journal
Blog

Timeline

Blog

5 Soalan untuk Setiap Usahawan Solo

Jika anda adalah usahawan solo. Anda telah merubah cara anda melihat dunia dan bagaimana anda menyesuaikan diri. Apa yang anda buat sekarang? Tanya diri anda sendiri, "Adakah ini masa yang sesuai untuk menjadi usahawan solo?" Dengan tidak mengambil kira faktor umur, The Kauffman Foundation melaporkan rata-rata usahawan adalah berumur 39 tahun – ditengah-tengah kerja profesioanl biasa – dan 69% adalah berumur 35 atau lebih.

Selain dari umur anda, bagaimana anda tahu ini adalah masa yang sesuai untuk menerjah ke arah Keusahawanan Solo? Berikut adalah lima soalan untuk anda jawab sebagai kepastian:

Adakah anda ada idea yang tiada siapa yang akan ketepikan anda?
Mendapatkan maklum balas tentang idea perniagaan anda adalah satu perkara, tetapi jika anda mengambil maklum balas secara peribadi atau ia menjadi penghalang untuk anda  maju kehadapan maka anda adalah tidak bersedia menjadi usahawan solo.

Siapa dalam senarai sebagai kawan anda?
Mungkin kawan anda dan rakan sekerja anda adalah seorang usahawan atau mempunyai kepakaran yang mungkin berguna untuk perniagaan anda.

Apakah toleransi anda untuk risiko?
Kami tidak mencadangkan anda untuk berhenti dari kerja 9-5 anda sekarang malah kami mencadangkan anda untuk kekal dengan kerja sedia ada sehingga perniagaan anda menjana pendapatan pasif yang cukup untuk menyokong anda bila anda berhenti nanti.

Adalah anda bosan dengan kerja 9-5 anda sekarang?
Menjadi seorang usahawan solo semestinya tidak akan bosan. Anda akan sentiasa hadapi keputusan dan cabaran apabila anda bekerja secara bebas. Jika anda tidak bersedia untuk membuat keputusan ini maka anda tidak bersedia.

Adakah anda suka bekerja sendirian?
Sebagai usahawan solo, anda akan kerap kali bekerja sendirian (itulah definasi usahawan solo). Jika anda ingin bersama orang lain untuk menjadi kreatif, atau lebih penting, produktif maka anda belum lagi bersedia