My Journal
Blog

Timeline

Blog

6 Langkah Mudah untuk Mengurangkan Hutang Peribadi

Bayar hutang anda supaya anda dapat menjana kekayaan yang hebat

Bila perniagaan pertama saya gagal, saya secara peribadi mempunyai $1 juta hutang yang harus dibayar. Masa itu adalah masa yang sukar untuk Kim dan saya. Untuk sementara waktu kami kadang kala terpaksa tidur dalam kereta.

Mempunyai hutang yang banyak seperti yang kami lalui, ditambah dengan perasaan bakal kehilangan perniagaan, ia menyebabkan untuk berputus asa, pergi mencari kerja yang bagus dan menyerah kalah untuk memiliki perniagaan yang berjaya. Saya adalah penipu jika saya katakan ia tidak tergoda.

Syukurlah, kami tidak menyerah kepada godaan tersebut, sebaliknya kami membuat perancangan.

Dengan menggunakan semua ilmu yang kami tahu tentang wang dan bagaimana ia berfungsi, kami melihat peluang yang besar untuk membina aset kami dan menghapuskan hutang pengguna peribadi kami. Dengan melaksanakan perancangan ini, kami menjadi bebas hutang sepenuhnya dalam beberapa tahun dan dalam laluan yang betul untuk kebebasan kewangan.

Berikut adalah 6 langkah mudah yang anda boleh gunakan untuk mencapai kebebasan kewangan.

Langkah #1 – Kunci Rapat-rapat

Jika anda mempunyai kad kredit dengan baki yang belum dijelaskan, disiplinkan diri anda dengan mempunyai satu atau dua kredit kad sahaja. Sebarang cas baru mesti dibayar penuh setiap bulan. Jangan menanggung apa-apa lagi hutang jangka panjang.

Langkah #2 – Tambah Pendapatan

Jana sehingga $150 – $200 wang tambahan setiap bulan. Jika anda mempunyai pengetahuan kewangan yang baik dan memahami bagaimana wang bekerja untuk anda, ini sepatutnya mudah bagi anda. Jika anda tidak dapat menghasilkan tambahan $150 – $200 sebulan, maka peluang anda untuk mencapai kebebasan kewangan mungkin hanya jadi impian semata-mata.

Langkah #3 – Fokus pada yang satu

Gunakan tambahan $150 – $200 itu untuk bayaran bulanan anda pada salah satu kad kredit anda. Anda sekarang hanya perlu membayar bayaran yang minimum tambah duit lebihan pada satu kad kredit.

Langkah #4 – Jadikannya berterusan

Setelah satu kad kredit telah dibayar habis, gunakan jumlah wang yang anda bayar pada kad kredit pertama kepada kad kredit yang kedua. Sekarang anda membayar jumlah yang minimum pada kad kedua tambahan dengan jumlah bayaran bulanan yang anda bayar pada kad kredit yang kedua.

Sambung proses ini untuk kesemua kad kredit anda dan lain-lain hutang kredit pengguna anda yang lain. Dengan setiap hutang yang anda telah bayar, gunakan jumlah penuh yang anda telah bayar pada hutang itu kepada bayaran minimum pada hutang anda yang lain. Setelah anda membuat bayaran  untuk setiap hutang, bayaran bulanan anda untuk hutang lain selepas itu akan menjadi meningkat.

Langkah #5 – Go Big

Setelah semua kad kredit anda dan lain-lain hutang telah anda langsaikan, teruskan prosedur yang sama terhadap kereta dan rumah anda. Jika anda ikuti prosedur ini , anda akan terkejut hanya masa yang singkat anda akan dapati untuk bebas hutang sepenuhnya. Kebanyakan orang boleh menjadi bebas hutang dalam masa 5 – 7 tahun.

Langkah #6 –  Bina kekayaan

Sekarang anda sudah bebas hutang sepenuhnya. Gunakan jumlah bayaran yang sama anda gunakan untuk langsaikan hutang yang terkahir dan simpan wang tersebut pada pelaburan. Bina aset anda.

Itulah. Senang sajakan.

– Robert Kiyosaki